Selasa, 09 Agustus 2011

Dg Quran menuju SUrga

Allah SWT telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.



1. MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah SAW :

“Dari
Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya
Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia.” Kemudian Anas
berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapakah mereka itu
wahai Rasulullah. Baginda menjawab: “Iaitu ahli Quran (orang yang
membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah
keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.



2. DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

Sabda Rasulullah SAW :

“Dari
Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda;
Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, “Bacalah dan naiklah
ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya
dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga
berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”



3. AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA

Sabda rasulullah s.a.w

“Dari  Anas
ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Para pembaca Al Quran itu
adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,”



4. MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.

Sabda
rasulullah s..a.w  “Dari  Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diantara perbuatan
mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua,
menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan
dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di
amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil.”



5. HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SIKSA

Sabda Rasulullah SAW :

”Dari
Abdullah Bin Mas'ud ra. Dari  nabi s.a.w. baginda bersabda: ” bacalah
Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal
al-quran. Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang
memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka
hendaklah ia bergembira.”



6. MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT

Sabda Rasulullah SAW :

“Dari
Ibnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; “yang menjadi
imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al
Quran.”



7. DISAYANGI RASULULLAH S.A.W

Sabda Rasulullah SAW :

“Dari
Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang
dari orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, “dari mereka berdua siapakah paling
banyak hafal Al Quran?” apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada
salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke
liang lahad.”



8. DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA

Sabda rasulullah s.a.w.:

“Dari
Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, “Barang siapa
membaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya
kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota
keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk
neraka.”



9. PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN

Sabda Rasulullah SAW :

“Dari  Abu
Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: “orang yang hafal Al
Quran nanti pada hari kiamat nanti akan datang dan Al Quran akan
berkata; “Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi
baru.” Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran
berkata lagi:

“Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu
di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, “Wahai
Tuhan, redailah dia.” Maka kepadanya di katakan; “Bacalah dan naiklah.”
Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan.”



10 HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.

Sabda Rasulullah SAW :

“Dari  jabir
bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kamu
tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling
baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.



11. ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.

Sabda Rasulullah SAW :

“Dari  Buraidah
Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w
bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya
ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud
seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda
mengenalku?”.

Penghafal tadi menjawab; “saya tidak mengenal
kamu.” Al Quran berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu
kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam
hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang
dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka
penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi
kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota
perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus
yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya.
Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di beri dengan pakaian
begini?”. Kemudian di jawab, “kerana anakmu hafal Al Quran.”

Kemudian
kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, “bacalah dan naiklah
ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik
selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)



12. AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.

Sabda Rasulullah SAW :

“Dari
Aisyah RA ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah
tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka
tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah
tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar